Permainan
baling selipar merupakan salah satu permainan tradisional rakyat yang terkenal
sejak zaman dulu lagi. Permainan ini juga turut dikenali dengan beberapa nama
lain seperti tuju kasut, tuju selipar dan tikam selipar. Pada zaman dahulu, permainan baling selipar sering dimainkan oleh anak-anak kecil di kampung-kampung. Kebiasaannya pada waktu senggang, kebanyakan kanak-kanak di sesebuah kejiranan akan berkumpul bagi memainkan permainan baling selipar ini. Pada zaman moden ini, permainan ini
sering digantikan dengan permainan baling tin atau tuju tin.
Namun, penggunaan
selipar dalam permainan ini masih dipraktikkan oleh sebilangan orang. Meskipun terdapat pelbagai kemajuan dalam teknologi terkini, sesetengah individu masih lagi mencari hiburan melalui permainan tradisional ini. Permainan baling selipar bagi mereka bukan sahaja menghiburkan, malah membantu dalam pengamalan gaya hidup sihat memandangkan permainan ini juga memerlukan tenaga yang banyak bagi memainkannya, berbanding permainan di dalam gadget-gadget elektronik yang semakin berleluasa pada masa kini yang tidak mengeluarkan walau setitik peluh. Selain itu, permainan baling selipar juga menggalakkan interaksi dan komunikasi antara satu sama lain, sekaligus mengeratkan hubungan sesama pemain.
Cara pemain membaling selipar. (Sumber : Google) |
Susunan selipar dalam permainan baling selipar. (Sumber : Google) Animasi tentang permainan baling selipar. (Sumber : Google) |
No comments:
Post a Comment